Program Derma Darah 2014

Sekiranya anda pernah Menderma Darah walaupun sekali, anda adalah merupakan insan yang ISTIMEWA dan sumbangan yang telah diberikan tidak ternilai harganya...!! Untuk menderma darah seseorang didorong oleh banyak faktor termasuk kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan kawan, ataupun akibat pengaruh rakan-rakan dan saudara mara.
Sepertimana kita sedia maklum, darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta. Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah.
Melalui kesedaran tersebut kami warga Genius Academy menyokong penuh Aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar Tahap 3 /Julai 2013. Aktiviti ini adalah sebagian dari modul mereka, namun semangat yang ditunjukkan adalh sesuatu yang luar biasa. Semoga Majlis ini dapat berjalan dengan lancar. PROGRA DERMA DARAH akan diadakan seperti berikut:
TARIKH : 14 JUN 2014
HARI : SABTU
MASA : 10.00 AM - 3.00 PM
TEMPAT : GENIUS ACADEMY, 184 A, PERSIARAN PEGAGA, TAMAN BAYU PERDANA, 41200 KLANG, SELANGOR
Datang la beramai-ramai untuk mejayakan program tersebut. Setitik Darah Mampu Menyelamatkan Nyawa!!!




Comments

Popular Posts